Feeds:
Posts
Comments

Cantik tak bunga ni?

Sekapur sireh seulas pinang,
Dibuat hiasan dulang hantaran,
Cinta datang tanpa diundang,
Janji termetri satu ikatan

Menjelang cuti sekolah ramai para dara dan teruna melangsungkan akad nikah dan resepsi perkahwinan (erk.. cuti sekolah ke ni?). Tapi rasanya, orang dah tak tunggu cuti sekolah, cuti hujung minggu pun jadi orang nikah. Yelah, cuti sekolah semua orang nak langsung, semua caterers, mak andam dan yang berkaitan industri perkahwinan semua overbooked. Mana yang sempat cuti hujung minggu jadi pilihan para pengantin untuk melangsungkan hari bahagia mereka.

Ada yang tengok Mahligai Cinta yang bersiaran di TV3 setiap Khamis pukul 11.30 pagi? Aku jarang – jarang tengok. Pernah jugak aku tertengok siaran tu. Sampai habis aku tengok. Majlis perkahwinan yang dalam siaran tu majoritinya semua grand, mewah, cemerlang,gemilang dan terbilang. Dan aku yakin, kos untuk melangsungkan perkahwinan pun sampai naik cerlang jugak bijik mata nak bayar. Bukannya sikit. Ada kalanya aku kagum juga, yela kagum sebab mereka golongan elitis,kaya raya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sehinggakan mereka sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk kenduri perkahwinan. Tetapi sesetengah individu pula sanggup berhutang demi melangsungkan perkahwinan yang grand juga di dewan yang serba mewah. Bukannya apa, sebenarnya bahaya kalau belanja kahwin pakai hutang. Sebab belum pun habis bayar hutang, dah kena turun naik mahkamah Syariah pula untuk kes cerai.

See? Banyak buruk dari baiknya kalau nak berhutang demi majlis perkahwinan yang grand. Tak salah, tapi tak betul caranya. Buat apa nak membazir demi perkahwinan yang mewah? Lagipun dah jadi riak pulak nak menunjukkan kat orang betapa grandnya, betapa menjadi sebutan sepanjang zaman (kononnyalah) majlis kahwin kita. Kalau nak grand sangat la jugak, better buat saving tiap – tiap gaji bulanan untuk kenduri kita. Biarlah ikat perut, janji kenduri kita tervogue di abad ni dari menanggung hutang yang tak selesai sampai anak dah lima. Pernah tengok citer Bujang Lapok? Kan ada satu scene yang laki bini bergaduh pasal hutang ceti untuk belanja hantaran dulu? Yang laki dia tunjuk anak dah lima, bunga ceti pun tak habis bayar lagi. Kan dah susah tu. Walaupun tu hanya adegan lakonan, tapi aku rasa sangat relavan sampai ke hari ni.

Atau cara yang mudah, buat simple tapi elegan. Aku pernah menghadiri satu majlis kahwin sepupu sebelah emak aku. Mereka dari keluarga yang berpendapatan sederhana, hanya sekadar cukup pakai makan saja. Anak makcik aku yang merangkap sepupu aku pun kerja biasa – biasa. Idokla keje tip top. Manakala pengantin lelaki pun sama juga. Jadi, mereka langsungkan kenduri kahwin dengan cara yang paling simple. Iaitu akad nikah pagi, tengah hari kenduri kahwin di depan rumah mereka. Makanan yang terhidang pun biasa – biasa. Sekadar nasi putih, lauk ikan masin, gulai kawah dan buah tembikai. Tapi aku rasakan kenduri mereka yang paling mewah, paling grand (ni bukan sarcasm,ni ikhlas datang dari hati aku) malah lebih diberkati pula kerana mereka melangsungkan perkahwinan bukan sebab nak menunjukkan kat orang, tapi kerana sudah sampai seru mereka berijabkabul. Aku suka sangat menghadiri kenduri kahwin mereka. Kan tak perlu nak bertempah dewan makan, nak order bunga dari Amsterdam,fabrik baju pengantin from Dubai or kad kahwin ditempah khas dari Jakarta. Cukup apa yang ada, tetamu pun puas hati pulang ke rumah.

Aku juga pernah menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah abah aku. Yang ni bapaknya a.k.a pakcik aku ni kaya raya. Jadi pengerusi beberapa syarikat. Malah berstatus Datuk. Majlis perkahwinan anak dia? Macam yang dalam Mahligai Cinta. Serba mewah, serba grand, banyak untaian bunga tergantung di siling, kristal bling – bling memenuhi dewan dan bla,bla,bla. Aku tak ni tak pandai sebut hiasan perkahwinan,cuma aku boleh sebut a few thingsla. Tapi aku rasa biasa – biasa saja, tak teruja langsung dengan kemewahan yang terbentang di depan mata. Malah aku rasa mengantuk benar, rasa macam keluarga pakcik aku tu menunjuk – nunjuk pulak. Aku rasa very borinnnng sangat. Asyik menguap aja aku sepanjang kahwin cousin aku tu. Dah la tu, makan pulak lambat. Banyak benor aturcara majlisnya sampai makan pun dah lambat. Perut berkruk – kruk mintak diisi, aku dah macam dah gastrik pulak. Kan bagus kalau aturcara makan sampai pukul 12 – 4 petang? Satu hal nak kena tunggu pulak. Next time kalau ada kenduri penuh berprotokol, aku make sure aku makan ringan dulu. Kalau aku tak makan sampai time makan, alamatnya aku kebulur jadinya.

Kalau ditakdirkan aku dah sampai jodoh, aku sebenarnya mengidamkan majlis perkahwinan yang sangat sederhana tetapi diberkati Allah S.W.T dan diaminkan para malaikat. Paling penting mengutamakan syariat Islam. Which is, no sanding – sanding, no tepung tawar. Cukup sekadar akad nikah tak kira sama ada di rumah atau di masjid sudah memadai bagi aku. Ataupun pejabat Pendaftar Nikah di Jabatan Agama Islam pun ok bagi aku. Siapkan segala dokumen,then nikah di pejabat kadi. Kalau nikah ofice hourla. Nikah secara khitbah iaitu nikah gantung,pun tak ada masalah bagi aku. Kenduri kahwin nak langsungkan 2,3 bulan or setahun kemudian pun ok jugak sebab aku kalau boleh nak cari sikit duit belanja for my kenduri. Sebab utamanya aku tak nak berhutang for my wedding. Apa pun semuanya terserah pada budi bicara mak dan abah aku. Sebab restu mereka yang paling utama selain restu dari Allah S.W.T. Abah aku juga yang mewalikan aku.

Aku kalau boleh, tak nak langsung buat jamuan kenduri grand mewah di dewan yang serba gah. Di hotel lagi aku tak nak. Satu kepala dah berapa, sewa tempat lagi. Bila hitung, congak rasanya dah RM70,000. NI jumlah sebelum GST. Dah GST,aku tak tahu la dah jadi berapa. Mungkin lebih dari itu. Bagi aku, duit tu boleh buat saving untuk masa depan. Aku sangat pentingkan belanja masa depan sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Kalau my future husband nak support aku buat kenduri yang sederhana lagi la ok (WAJIB), janji dia jangan buat hutang dengan mana – mana bank. Kenduri tu pun hanya sekadar kenduri kahwin yang simple saja macam sepupu sebelah emak aku tu. Tapi makanan tu aku ubah nasi beriani gam yang tukang masaknya didatangkan khas from Muar,iaitu jiran abah aku. Tu pun kalau tak over bajet la. Kalau tak, sejimat yang boleh.

Satu lagi aku cukup pantang kalau kenduri kahwin ada DJ yang dok putar lagu – lagu yang memekak telinga boleh buat aku jadi migrain pulak. Dok berceloteh pun lagi la aku tak suka. Dok tuju lagu sana,lagu sini. Pernah aku pergi satu kenduri,homaii memekaknya. DJ pasang lagu semaksima yang boleh, macam kepala aku nak tercabut dari leher. Balik tu mabuk lalat aku dibuatnya. Kenduri kahwin aku jugak no DJ, no pasang lagu kuat – kuat,kalau nak pasang jugak just lagu orkestra klasik yang bernada lembut saja. sebab takut aku yang jadi pengantin mabuk darat dibuatnya. Atau ditiadakan langsung. Biarlah orang nak cakap kenapa kenduri aku senyap sunyi tak ada DJ,muzik ala Selamat Pengantin Baru nyanyian Saloma. Janji sakit kepala aku tak attack kepala aku. Aku akui aku menghidap sakit kepala yang teruk. Aku tak boleh dengar bunyi bising yang kuat. Dahla nak mengadap macam – macam,ada pulak yang pengsan dulu kang.:)

Kompang aku tak boleh dengar. Sesetengah pengantin suka betul dengar paluan kompang, tapi aku memang tak suka dengar dan kalau boleh ( wajib boleh) paluan kompang ditiadakan langsung. Sebab utama, aku ni mudah migrain,aku pantang dengar bunyi bising lebih – lebih lagi paluan kompang yang meriah. Aku takut aku yang pitam dulu dengar bunyi paluan kompang on my wedding day! So, no mr. DJ on my wedding day, no paluan kompang berarak di depan aku. Maybe ada orang cakap ala sekali dalam seumur sehidup,jadi apa salahnya. Kan jadi raja sehari. Walaupun jadi raja tiap – tiap hari pun, ditiadakan langsung DJ dan paluan kompang. Compulsary. No excuses.

Cuma yang wajib dan mesti ada dalam kenduri kahwin aku,sepersalinan songket bunga tabur from Terengganu. Bukan satu, tapi dua kain songket bunga tabur. Yang original punya songket. Satu pakai masa akad nikah, satu lagi masa kenduri kahwin. Dan boleh diubah suai nak pakai pergi kenduri orang lain. Jimat kos dan boleh recyle balik jadi baju raya ke,apa – apa event la. Kain lace,chiffon yang mendedahkan aurat sama sekali ditiadakan juga. Tudung pulak mesti tudung bawal,tak nak tudung orang sekarang pakai, yang nampak terbonjol ke belakang dan menampakkan dada di depan. WAJIB ditiadakan. Sebab aku ni pemakai tudung bawal tegar. Memang aku bukan jenis suka pakai tudung yang entah apa – apa tu. Tudung bawal aku wajib dilabuhkan di bahagian depan,tutup full. Tak nak bagi nampak apa – apa yang didepan tu. Ringkasnya, majlis perkahwinan yang sangat sederhana menjadi impian di hari bahagia aku. Aku tak nak besar – besaran, wedding of the year, serba mak nenek grand BUKAN majlis idaman aku. Cukup, akad nikah, buat kenduri sederhana untuk menghebahkan yang aku dah kahwin sudah memadai bagi aku. Aku lebih suka mengutamakan yang wajib dan afdhal dahulu dari yang lain – lain tu. Itu sekadar adat saja, bukan ada dalam agama Islam pun.

Namun tepuk dada tanya selera. Jika berkemampuan, tak salah melangsungkan hari bahagia dengan penuh gilang – gemilang, namun jangan sampai menyalahi syariat Islam dan hingga ke tahap riak lagi bangga. Mampu dari segi kewangan yang sedia ada,bukan sampai ke tahap nak meminjam dari bank atau ahlong. Ketika aku terbaca berita hari Ahad dimana bakal pengantin lelaki sampai ke tahap mengedar syabu untuk cukupkan wang hantaran,aduhai kenapa ke tahap menyalahi undang – undang? Rasanya banyak jalan penyelesaian lagi nak selesaikan masalah ni? Kenapa nak tambahkan masalah yang lagi berat? Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

Mendirikan rumahtangga satu impian setiap manusia yang fitrahnya ingin rasa dicintai mencintai. Namun membuat walimatulurus harus berpada – pada. Bersederhana rasanya lebih baik. Anyway, terserah pada anda. Lain orang lain citarasanya. Kepada yang akan kahwin dalam masa yang terdekat,tahniah dan selamat pengantin baru. Adios

aku suka layah dia saja. bukan wedding dress tu. Cantikkan?

aku suka layah dia saja. bukan wedding dress tu. Cantikkan?

%d bloggers like this: