Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2011

PTD..

Pertama kali aku mendengar jawatan yang dikatakan agak menjadi idaman ramai insan di Malaysia ini ketika aku menjalani latihan praktikal di salah sebuah agensi kerajaan di Kuantan ni. Masa tu aku tak familiar sangat dengan post ni. Yelah,baru lepas keluar U,jadi aku tak arif sangat dengan PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik. Aku tak tau apa fungsinya,job description PTD pun aku tak tau. Orang yang pertama yang kenalkan aku pasal PTD adalah Kak Nani,staf tempat aku praktikal. Dia galakkan aku apply kerana dia pun pernah apply tapi fail peringkat Personal Assessment Centre. Jadi aku pun apply pada tahun 2007.

Itulah first time aku apply. aku dapat pergi exam. aku langsung tak buat apa-apa preparation pun. Jadi,hasilnya aku gagal. Itu percubaan pertama untuk dapatkan jawatan yang berprestij ini. Okla,cuba lagi akan datang. Ujian masa tu agak mencabar dan susah untuk orang yang first time amik macam aku. Aku tak putus asa, aku cuba lagi untuk kali yang kedua. Aku baca la sikit-sikit pasal kenegaraan Malaysia. Alert isu semasa,tapi bab matematik soalan IQ yang dah lama aku tinggal sejak form 5 agak menekan sikit. Bagi aliran sains dan matematik tak ada masalah,tapi aliran kemanusiaan macam aku agak sukar juga. Soalan esei English juga turut mempengaruhi keputusan PTD aku. Yelah,nak jadi PTD mestilah fluent English tapi aku takla sefasih mana. Inilah masalah yang menghantui diri aku selepas aku grad.

Kali kedua aku pun sendu juga,begitu juga kali ketiga,keempat dan kelima. Kali keenam masa tu dah ada tipsptd portal jadi dapatla aku study secara intensif. aku pembeli e-book PTD dalam blog tu,rasa bersedialah sikit. Soalan pun macam senang nak jawab. Namun,rezeki masih belum berpihak pada aku lagi. Aku terima keputusan dengan penuh tabah. Percubaan kali ketujuh,pada tahun lepas bulan Oktober pun masih sama. Aku rasa macam nak give up bila aku baca SPA dukacitanya..bla.bla,bla. Mujurla aku kuatkan semangat dan percaya rezeki belum sampai lagi. Aku percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan yang aku terima. Aku tak pernah sekali pun lulus exam PTD. Untuk ke peringkat kedua iaitu P.A.C pun tak pernah apatah lagi untuk ke temuduga. Rasa begitu jauh sekali untuk digapai.

Namun aku tetap berpegang kata-kata Mahatma Ghandi pejuang kemerdekaan India yang mengatakan:

KEKUATAN SESEORANG TIDAK DIUKUR DENGAN TUBUH FIZIKAL TETAPI DENGAN SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH KALAH

To be continued…

Read Full Post »

Older Posts »

<span>%d</span> bloggers like this: