Sumber: Youtube
Cantik atau jelita sesuatu yang menjadi subjektif dan sering dijadikan topik perbincangan utama terutamanya perempuan. Sedap mata memandang adalah definisi lain bagi mentafsirkan kecantikan wanita. Tidak hairan lah jika pengeluar produk kecantikan sering kali berlumba-lumba keluarkan pelbagai produk di pasaran. Motif? Sudah tentu la untuk jadi cantik. Produk pemutih muka,rampingkan pinggang,kuruskan badan dan beraneka jenis lagi aku x tahu nak jenamakan apa. Bertuah bagi mereka yang memiliki kecantikan semulajadi. Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai paras yang sederhana? Lazimnya mereka ditempat yang akhir jika dibuat penilaian. Aku la salah seorang daripada mereka itu.
Dari aspek sastera pula terutamanya novel Melayu, watak perempuannya mesti digambar terlalu sempurna. Putih gebu,ayu,cantik,jelita dan pelbagai istilah lagi untuk menggambarkan betapa sempurnanya si heroin itu. Kebanyakan novel Melayu yang aku beli semuanya seperti yang aku perkatakan diatas. Manakala watak lelakinya pula pun digambarkan terlalu perfect. Tampan,kacak,good looking dan lebih lawak ada pula digambarkan seperti pelakon Asia Timur. Aduhai,aku speechless. Dahla aku terbeli,duit melayang pulak. Bila aku baca,macam itula setiap wataknya. Tak ada ke novel Melayu yang watak utama perempuannya hodoh,tak cantik,punyai paras yang sederhana,hitam manis? Kalau ada,tolong bagitahu aku. Aku memang nak pergi beli sekarang juga. Dalam dunia ciptaan Allah ini,manusia pelbagai variasi. Ada yang cantik,ada yang hodoh. Bukannya semuanya lahir ke dunia ini terus jadi bidadari turun dari syurga.
Barangkali lumrah alam yang mahukan kecantikan. *sigh* Begitu juga dengan aspek jodoh. Ya la,jodoh pertemuan ditangan Allah. Maaf,ikhlas aku nyatakan bahawa aku tidak gemar lelaki yang meletakkan kriteria calon isteri adalah bak bidadari turun dari kayangan. Aku tahu,itu adalah pilihan masing-masing. Aku tak ada hak untuk pertikaikannya. Namun aku kesal segelintir lelaki yang bersifat seperti itu. Bagiku lelaki sebegini tidak beriman dan lebih utamakan nafsu dari akal. Bukankah lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu? Islam telah menggariskan panduan untuk memilih jodoh. Pertamanya agama,keduanya,akhlak,ketiganya harta,keempatnya barulah paras rupa. Tapi seeloknya biarlah pilih yang beragama. Selamat dunia akhirat. Pun begitu aku masih percaya adanya kaum Adam yang tidak memilih paras rupa dalam urusan jodoh. Tetapi mungkin belum sampai masanya lagi untuk dipertemukan dengan pemilik tulang rusuk aku (bagi yang perempuanla) dan sebahagian tulang rusuk yang hilang itu (bagi lelaki). Allah telah ciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Setiap insan pasti ada jodoh untuk mereka. Barangkali Allah masih belum mahu untuk mempertemukan jodoh bagi mereka yang masih bersendirian. Ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu tapi Allah tahu yang terbaik untuk kita.
Suka aku memetik kata-kata dari Wall Facebook InsyaAllah:
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
Aku: Lagu I am just girl by ABBA kat atas adalah lagu yang paling aku suka kerana ia ada kaitan dgn aku.
Salam Nurul.
Kak Azie masuk berkunjung. Mencari “follower” tak jumpa ruangannya.
Jap kak Azie. Sya baru nak belajar tambah widget sebelah ni. Nnti sya cari dulu 😉
saya dh letak kak Azie. Sila la follow 🙂
Salam,
i love reading a good article like this. Keep it up yer!
thx 🙂