Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2012

Jumaat malam Sabtu sebelum poser,aku tengah nak melayan mata nak tidur,aku pun tekan-tekan remote Astro alih mana-mana program tv yang agak menarik utk ditonton sebelum membuta. Aku tertekan TV2, citer Harry Potter The Sorcerer Stone keluar. Aku tengok sekejap,tak lama aku rasa macam boring pulak coz dah banyak kali tengok. Pastu,jari aku pun tekan TV3 nak tgk movie apa yang menarik malam Sabtu melalui slot Mega Movies. 10 minit aku layan, macam best jek movie ni. Barula aku tengok sinopsis dan tajuk movies tu “Surrogates” lakonan aktor hebat Bruce Willis dan ramai lagi. Ceritanya bermula pada era masa depan,manusia sendiri tidak melakukan apa-apa aktiviti luar harian,hanya menumpang tubuh robot yang digelar Surrogates. Perisian ini dicipta untuk menikmati kehidupan yg lebih selamat,aman dan selesa di rumah. Aktiviti jenayah tak mungkin berlaku pada era ini. Mereka hanya mengawal pergerakan robotik Surrogates seperti manusia dengan menggunakan kanta khas yang dipasang sejenis alat yang aku tak tau nak panggil apa.

Citer ni mengisahkan seorang ejen FBI yang bernama Tom Greer (Bruce Willis) yang hidup bersama dengan isterinya Maggie Greer (Rosamund Pike). Tom Greer mempunyai pasangan bertugas iaitu Ejen Jennifer Peters. Plot bermula bila anak bekas pengasas syarikat VSI Limited Dr. Lionel Canter yg juga mencipta dan mengeluarkan robot Surrogates, ditemui mati. Ejen Greer dan Ejen Peters menyiasat kes kematian anak Canter telah membawa penemuan yang mengejutkan. Nak tau? Tengok sendiri kat Youtube. TV3 takde siaran ulangan. Seperti manusia lain pada era itu Ejen Greer ni juga mempunyai robotic Surrogates dan nampak lebih muda dan kacak dari usia sebenar. Oh lupa nak cakap, robot Surrogates dalam citer ini digambarkan semuanya mempunyai rupa cantik,sempurna, muda dan tampan. Tak ada manusia yg nampak hodoh,jelek dan tua dalam “Surrogates” itu. Aku tak pasti siapa yg bawa watak Tom Greer versi Surrogates. Mungkin Bruce Willis sendiri dan ditambah pula kesan mekap khas bagi menghidupkan watak robot Surrogates,karakter beliau nampak hidup dan bersahaja.

Ejen Greer (Bruce Willis) dan partner,Ejen Peters (Radha Mitchell)

credit pic.: http://www.imdb.com

Bila aku menonton citer ni,aku terfikir juga,adakah manusia pada masa depan menjadi rakus seperti ini? Kerana pada hari ini sudah menunjukkan ciri-ciri yg ada dalam citer itu. Kita mempunyai Facebook,Twitter dan pelbagai aneka rangkaian sosial yg lain. Kita boleh jadi gadis jelita atau jejaka kacak dengan hanya meletakkan profile picture di Facebook. Kita juga boleh shopping atas talian dengan hanya klik di hujung jari dengan duduk bersandar di kerusi mengadap laptop atau beraneka jenama tablet. Dan hanya menanti barang sampai di rumah. Segala urusan hanya dilakukan dari rumah dan semuanya bergerak atas talian. Teknologi adakalanya menyenangkan kita. Namun awas,semuanya boleh musnah dalam sekelip mata jika disalahgunakan. Malah boleh meruntuhkan sebuah negara bangsa yang terbina bertahun-tahun lamanya dek penangan medium sosial seperti berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Cuma satu saja membuatkan aku bimbang ketika menonton cerita itu. Salah satu scene Surrogates itu menunjukkan bagaimana tentera US bertempur dengan menggunakan robotik sebagai ganti manusia. Salah seorang anggota tentera itu pula sedang mengawal robot Surrogates bertempur di medan perang. Perang di mana aku tak tau. Bila robotik itu musnah,mereka gantikan pula dengan robot lain. Jadi peperangan akan terus berlaku tanpa ada yang menyerah kalah. Bertempur dan terus bertempur. Macam aku cakap,teknologi adakalanya memudahkan manusia,namun ia akan memudaratkan kita sebagai manusia jika disalahgunakan. Aku bimbang bukannya apa,aku pasti negara yang digelar sebagai “superpowers” seperti US,Russia,Britain,Perancis dan Jerman akan mengaplikasikan teknologi itu pada masa akan datang. Seperti yang pernah aku baca satu artikel jurnal,Hollywood akan berfantasi mengenai senjata-senjata yang canggih terhasil imaginasi melalui pembikinan filem mereka, kerajaan US akan merealisasikannya. Aku bukan pakar ketenteraan,aku hanya sekadar memetik artikel yg pernah aku baca di library UUM dulu. Sahih atau sebaliknya,hanya mereka saja yg tau. Sayugia diingatkan, setiap dasar luar negara US akan diterjemahkan melalui pembikinan filem Hollywood. Contoh,sewaktu era Perang Dingin dulu,boleh dikatakan majoriti filem dihasikan pada zaman itu,semuanya diselaraskan dasar luar negara US yg sedang bersaing dengan Soviet Union pada ketika itu.

Pada masa kini pula,sudah tentu agenda menunjukan kekuatan negara Uncle Sam ditonjolkan melalui filem-filem Holyywood. Kalau ada scene berperang pun,pasti akhir cerita US akan menang walau dalam apa cara pun. Ye la kan,sebagai warga Amerika Syarikat pasti mereka bersifat patriotik. Namun,yg untungnya mereka boleh sebarkan sentimen patriotik mereka ke seluruh dunia. Wang,kuasa dan pengaruh merupakan medium utama bagi para pengeluar studio Hollywood untuk mengeluarkan filem.

Sebagai penonton,pandai-pandaila kita berfikir di luar kotak kita setiap kali kita menonton mana-mana filem Hollywood. Mana yang baik kita jadikan teladan ,mana yang bertentangan dengan norma masyarakat kita jadikan sebagai sempadan.

Okla,berbalik citer Surrogates ni,endingnya ditunjukkan robotik Surrogates telah dijangkiti virus dan akhirnya semua robot-robot ni jatuh. Manusia yang mengawal robotik ini keluar dari rumah dalam keadaan keliru dan tertanya-tanya.

Bila aku tengok Bruce Willis ni,macam ada orang muka sama aktor ini dekat Malaysia. Orang tu agak terkenal juga dan selalu masuk dalam surat khabar. Kalau aku tak salah,SAC Abu Bakar Mustafa ex CID Selangor kan? Aku compare muka depa berdua,memang ada persamaan. Handsome kan,hehehe. Aku tak pasti SAC Abu Bakar Mustafa masih bekerja atau sudah bersara.

ex CID Selangor Abu Bakar Mustaffa

credit pic.:www.thestar.com.my

Aku: Teringat pulak kisah SAC Abu Bakar Mustaffa yg digelar Crime Busters Selangor awal tahun 2000 dulu. Mana beliau berada sekarang?Entah kenapa aku rindu ketegasan polis membanteras jenayah suatu ketika dahulu jika dibandingkan sekarang. Masa telah berubah agaknya. Harap kembalikanla ketegasan polis yg hilang itu dan yg tak pernah takut dgn sebarang kritikan pun…

Read Full Post »

<span>%d</span> bloggers like this: