Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2012

Wah,tajuk entri terpanjang aku sepanjang aku berblog. Sebagai anak separuh kelahiran Muar,Johor menetap pula di Kuantan,Pahang menjadikan aku sebagai pengguna setia Lebuhraya Segamat-Muadzam Shah-Kuantan untuk balik kampung. Satu-satunya jalan raya yang menghubungkan antara Kuantan dan Segamat. Sudah berpuluh tahun jalan raya ini terbina. Ia bukan saja penghubung antara 2 buah negeri,malah turut digunakan oleh pengilang kelapa sawit untuk mengangkut hasil tuaian mereka. Jalan raya ini hanya dibina untuk 2 laluan saja.

Sejak aku baby lagi sampai aku dah akhir 20an ni la jalan yang selalu aku guna. Malah sejak mak aku mula kahwin dengan abah aku sampai dah bercucu ni la satu-satunya jalan yang menghubungkan antara Johor dan Pahang. Ada jalan alternatif yang lain,tapi for sure jauhla kan? Highway Segamat-Kuantan pada hari ini sudah semakin uzur dan daif aku tengoknya. Jalannya berlopak sana-sini,hanya tampal dan rasa bergerigi jek tayar kereta aku. Memang teruk sangat dan sesiapa yang suka pemanduan yang ekstrem,aku syorkan korang rasai pengalaman yang mencabar ini. Hanya terdapat di Lebuhraya Segamat-Muadzam Shah-Kuantan saja. Malah memandu di Highway Segamat-Muadzam Shah-Kuantan ini ibarat nyawa dihujung tanduk. Kenapa aku cakap macam tu? Tanyalah mana-mana pemandu yang pernah melalui jalan raya itu,pasti akan bersetuju dengan kenyataan aku. Terlalu bahaya. Sila baca listing aku kat bawah.

  • Bila anda cuba memotong kenderaan dihadapan anda,anda melihat kenderaan masih jauh atau tak ada apa-apa di laluan bertentangan. Tetapi bila dah melepasi kenderaan yang anda cuba overtake itu,anda akan melihat secara tiba-tiba ada kenderaan datang dari arah bertentangan. Sempat atau tak,terpulang pada  cara anda memandu kereta anda. Kalau sempat overtake syukur,kalau tak family anda perlu prepare buat kenduri tahlil.
  • Ada sesetengah jalan berlubang dan kasar. Jalan tersebut hanya diturap dengan tar dengan cara yang tak sempurna. Kereta yang tengah speed laju,akan rasa terhentak dan senak di perut. Bagi ibu-ibu yang tengah mengandung,ingatkan driver jangan drive laju sangat. Kalau boleh drive 70 km sejam saja. Jalan yang berturap kasar tu akan buatkan anak dalam perut terbunuh jika memandu laju. Banyakkan berdoa semoga tiada apa yang berlaku.
  • Bila hari hujan,penglihatan amat terbatas. Perlu berhati-hati dan cekalkan hati. Teruskan memandu. Jika terjumpa stesen minyak,berhentilah seketika tunggu hujan reda. Jika tak ada stesen minyak dan hutan saja,kuatkan semangat dan teruskan memandu. Bertawakallah kepada Allah S.W.T.
  • Lori tanker,lori angkut kelapa sawit yang panjang tu,anda yang berkereta memerlukan kesabaran yang jitu untuk memotong mereka. Sudahlah panjang,nak potong pun,takut kereta datang dari arah bertentangan. So,melangutla anda kat stereng kereta menanti nak overtake lori itu. Kalau tak ada kereta kat depan anda,ok lagi,kalau turn yang panjang tu,lagi la rasa macam nak meletup aje kepala anda.
  • Ada jugak spesies yang drive kereta macam bapak dia punya jalan. Santai gaya pemanduannya. Macam tengah honeymoon pun ada dalam kereta. Bayangkan anda yang terkejar-kejar masa nak sampai cepat ke destinasi yang dituju,kemudian terpaksa pula berdepan dengan kerenah pemandu yang tengah honeymoon,macam cacing kepanasan kita yang kat belakang dia. Ada peluang cantik,kasi press minyak dan overtake dia.

WAHAI PARA-PARA MENTERI,TIMBALAN MENTERI,PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELULUSKAN PERUNTUKAN ,PARA JELATA YANG MARHAEN INI MEMOHON KEPADA ANDA GANTIKAN LEBUHRAYA YANG BARU DAN MEMPUNYAI 4 LORONG SUPAYA ANDA TAK PENING KEPALA TENTANG STATISTIK KEMALANGAN SEMAKIN MENINGKAT BERIKUTAN KEMALANGAN YANG BERLAKU DI LEBUHRAYA SEGAMAT-MUADZAM SHAH-KUANTAN. KAMI SEBAGAI PENGGUNA LEBUH RAYA SEKALI LAGI MERAYU SUPAYA PERUNTUKAN DILULUSKAN UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA SEGAMAT-MUADZAM SHAH-KUANTAN YANG BARU.

Aku: Sori,lupa nak snap gambo highway. Tengah drive,mana la sempat nak snap gambo. Tapi betul atau tak apa yang aku bebel ni,rasaila pengalaman memandu di Lebuhraya Segamat-Kuantan. Tetiba aku teringat slogan “Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan” 🙂

Read Full Post »

<span>%d</span> bloggers like this: