Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2013

Bad Cop & Good Cop….

PDRM

Pernah dengar tak istilah diatas? Bad cop and good cop atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayunya “Polis jahat dan polis baik”. Kenapa aku nak sentuh isu ini? Kerana sudah terlalu banyak kes salah laku yang membabitkan pasukan keselamatan yang berseragam biru tua ini. Aku tahu, polis adalah manusia yang biasa yang punyai hawa nafsu sama seperti manusia yang lainnya di alam ini. Orang akan kata ala polis pun manusia macam kita juga. Digoda sentiasa oleh syaitan dan iblis. Cuma terpulang atas kita untuk mengawal dan menahan nafsu yang sentiasa membuak itu.

Dibawah aku sediakan link tentang berita polis yang dipanggil ‘Bad Cop’

http://www.sinarharian.com.my/polis-dicekup-bersama-kekasih-di-hotel-1.208568

Well, kes sebegini memang sesuatu yang agak mengaibkan lebih-lebih lagi si pelakunya merupakan pasukan keselamatan yang selama ini orang dok bagi perhatian. Apatah lagi kita sering dimomokkan berita bagaimana untuk menghormati manusia beruniform biru tua ini. Bila dah keluar kes sebegini, apakah perasaan masyarakat yang menyanjung manusia ini? Yang kita harapkan untuk menjaga keselamatan kita? *sigh*

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dek disebabkan nila setitik ini la membuatkan masyarakat semakin menyampah dan meluat dengan tingkah laku seperti ini.  Tambahan pula, manusia yang berbuat itu merupakan bangsa Melayu yang memang sudah diketahui beragama Islam. Bayangkan orang Islam melakukan perbuatan yang cenderung ke arah zina ditambah pula polis pulak tu? Memang zina semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Namun seperti aku katakan tadi terpulang pada kita untuk mengawal nafsu. Aku tahu, di luar sana banyak berlaku benda macam ini yang melibatkan polis lebih-lebih lagi yang duduk kat cawangan “tertentu” oops, namun bak kata orang muda zaman sekarang, pandai makan pandai simpan.

Namun begitu, yang diistilahkan Good Cop masih ramai lagi. Yang sanggup mati mempertahankan negara amat-amat dipuji dan disanjung hormat oleh masyarakat. Tetapi dek disebabkan nila yang nan setitik itu, orang mula bina tanggapan negatif.

Jadi, kepada sesapa yang teringin sangat nak buat maksiat, yang tak boleh control nafsu nafsi, aku sarankan BUANG segala pangkat, BUANG segala kad kuasa, BUANG segala-galanya yang berkaitan dengan PDRM. TOLONG LETAK JAWATAN,BERHENTI dari menjadi POLIS. Cari kerja lain yang tiada kena-mengena dengan polis. SEBAB ANDA TELAH MEMBERIKAN TITIK HITAM KEPADA KEPOLISAN. Aku dah bosan baca berita salah laku polis yang semakin menjadi-jadi ini.

Aku: Kepada pihak atasan PDRM, tolong kenakan tindakan yang amat keras dan tegas jika disabitkan kesalahan anggota ini.

Read Full Post »

<span>%d</span> bloggers like this: