Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2014

Setiap orang mempunyai cerita raya yang menarik. Aku pun macam tu juga. Bezanya,sejak dari kecil lagi emak mendidik kami supaya tidak keterlaluan. Setiap tahun kami beraya dengan suasana yang sederhana. sekadar juadah raya seperti ketupat,lemang dan rendang terhidang. Biskut adalah 2, 3 jenis. Tak banyak,cukupla untuk memeriahkan suasana. Tak adala berdondon ke hulu,berdondon ke hilir,berboria di pagi raya. Kami bukan dari spesies seperti itu.

Dulu,masa abah aku kerja,dia kena stand by setiap pagi raya. Hari raya bukan waktu sesuai untuk balik kampung.  Sejak abah aku dah bersara,cara sambutan raya kami juga sudah berubah. Malah,sejak kebelakangan ini,kami sambut raya dengan cara melancong. Nenek aku dua belah pihak juga sudah meninggal. Hendak balik kampung pun dah tak ada sesiapa lagi. Adik beradik emak dan abah sudah ada keluarga mereka sendiri. Jadi,kami berjalan-jalan melancong ke tempat orang. 2 tahun sebelum ni,kami ke Sabah sehari sebelum raya. Kami berjalan-jalan sana hampir seminggu. Tahun lepas ke Melaka. Tahun ni pun Melaka lagi. Kenapa Melaka? Tempatnya penuh pesona,penuh nilai tradisi. Kampung abah,Muar pun tak jauh dari Melaka. On the way nak pegi Melaka,lazimnya kami singgah ke kubur arwah atuk dan nenek aku sebelum ke Melaka. Tahun ni ada kelainan. Mak dan abah aku nak menunggu rumah mereka. Tahun lepas,rumah mereka kena pecah. Mereka kecurian barang kemas,duit. Mak aku fobia,jadi tahun ni,mereka suruh kami gerak dulu ke Melaka.

Aku dan kakak aku,berdua pergi dulu ke Melaka. Mak dan abah pergi berasingan.Kami pergi raya ke2. Nak dijadikan cerita,aku yang memandu ternampak signboard Bahau,Seremban dan juga PULAPAH. Entri aku sebelum ni pernah aku ceritakan tentang pengalaman kami sekeluarga tinggal di PULAPAH. Berpandukan cerita kakak,emak dan abah aku,entah kenapa aku bersemangat pula nak pergi sana. Tak taula kenapa aku teringin benor nak tengok tempat aku membesar,main masak-masak di kuarters. Ya,hati ini bagai meronta nak pergi ke sana. Walaupun pada awalnya,aku hampir bertekak dengan kakak aku (dia tak nak pergi sebenarnya),akhirnya aku membelok ke arah jalan menuju PULAPAH,Bahau dan Seremban di pertengahan jalan Lebuhraya Segamat-Muadzam Shah.

Dengan penuh rasa teruja bercampur debar,aku memandu dengan penuh tenang. Jalannya agak sempit. Hanya ada 2 lorong. Oleh kerana suasana raya yang masih hangat (raya kedua),jalan raya dari kedua belah arah dipenuhi dengan kereta yang pelbagai bentuk dan rupa serta jenama. On the way nak pergi tu,banyak signboard menunjukkan arah ke felda yang berhampiran dan juga Bandar Tun Razak. So,tak hairan la kenapa kereta terlalu banyak. Barangkali anak cucu peneroka felda balik ke kampung nak beraya. Memang meriah la jugak. Tapi,mereka pandu kereta agak laju. Bila aku yang bawak slow,dipintasnya aku. Kecut aku dibuatnya.

Dengan penuh berhati-hati,aku terjenguk-jenguk tengok signboard betul atau tidak jalan yang kami tuju itu. Mentari cerah,hangat. Andaian aku mungkin nak hujan kot. Di kiri kanan jalan,pokok-pokok kelapa sawit memenuhi. Hampir 20 minit,aku bersoal jawab dengan kakak aku. Betul ke jalan nak pergi ke PULAPAH ni? Mengikut pengalaman dia,betul jalannya itu. Namun begitu hatiku tetap berbelah bagi. Nak patah balik,dah jauh nak keluar Segamat. So,jalan yang panjang dan berliku itu,kami tempuhi jua demi mengenangkan semula nostalgia tinggal di PULAPAH. Akhirnya,signboard bertulis PULAPOL AIR HITAM berlambangkan PDRM,kelihatan juga. Segera aku membelok ke kanan (aku datang dari arah Kuantan). Di pintu masuk,ada sekatan polis bantuan. Aku pun memberhentikan kereta aku dan bertanyakan arah kepada salah seorang polis bantuan itu. Ok,betul nak pergi PULAPAH. Katanya 5 minit aje dah sampai.

Drive punya drive,takla sampai 5 minit. Terlebih rupanya. Adala dekat 15 minit. Sekali lagi aku membelok ke kiri. Jalannya agak lurus dan bertar cantik. Owh,ni rupanya PULAPAH yang mak,abah dan kakak aku bercerita. Aku rasa tak adalah jauh mana. 40 minit aje. Kakak aku cakap tahun 80an,dekat nak sejam juga kalau nak keluar ke Segamat.

Ok,dengan muka penuh saspen,debaran,teruja dan bla,bla,bla,aku pun memberhentikan kereta di pondok pengawal. Dialog aku dengan adik guard yang bertanda nama Zakiri seperti dibawah

Aku: Assalamualaikum. (berpeluh juga aku tengok dia memegang rifle ditangannya)

Zakiri: Waalaikumussalam. Ya,ada apa nak masuk?

Aku: Begini,saya ni datang dari Kuantan. Saya sebenarnya,er,er (tetiba aku hilang kata)

Kakak: (Kakak aku mencelah) Kami ni nak masuk dalam nak tengok PULAPAH. Dulu,kami pernah tinggal sini. Ayah kami dulu pegawai kat PULAPAH ni.

Aku: A’ah,dia cikgu undang-undang. Kami saja nak masuk dalam,nak tengok rumah lama kami dulu. Kami tinggal kat kuarters pegawai. (masa ni aku dah start buat muka kesian)

Zakiri: Maaf,cik. Saya tak benarkan cik masuk ke dalam. Sangat bahaya kalau saya benarkan cik masuk. Orang awam tak dibenarkan masuk.

Aku:(terkejut) Eh kenapa pulak?

Zakiri: Cik orang luar. Cik ada kenal sesiapa ke dalam PULAPAH ni?

Aku: Kami tak kenal sesiapa dah. Just,kami nak masuk aje,nak jalan-jalan nak tengok kawasan rumah lama kami. Nak tengokla PULAPAH sekarang. Dulu kami pernah tinggal sini. (aku ulang lagi ayat aku tadi)

Kakak : ( sambil dia kuis aku) Dik,kilang gula tu masih ada lagi ke? (dia kuis aku,nak elak aku terus berperang mulut)

Zakiri: Tak ada la kak. Dah abes runtuh pun. Dah tak ada.

Aku: Tolonglah,saya nak masuk dalam. Jauh kami datang tau semata-mata nak masuk sini. Tolonglah bagi kami masuk. (aku cuba tak tahu yang ke berapa kali sambil buat muka lepat pisang)

Zakiri: Tak boleh cik (sambil mata dia melilau tengok seat belakang kereta aku). Kalau pegawai atasan kami nampak cik masuk ke dalam,nanti saya kena bagi surat tunjuk sebab kenapa benarkan cik masuk dalam. Bahaya,kalau cik bawak bom nanti susah saya. (kemas sungguh cara dia memegang rifle ditangannya macam aku ni satu ancaman yang perlu dinyahkan).

Aku: (aku dah start bengang) hish,saya ni perempuan. takkanla saya nak bawak bom ke dalam.

Zakiri: ( dengan penuh tegas tapi berhemah) maaf cik,nanti apa2 hal saya juga yang kena. kalau cik ada kenal orang dalam,lepas tu jumpa kat sini (pondok pengawal),baru saya benarkan cik masuk dalam. kalau tidak,cik kena pergi.

Akhirnya,setelah puas aku merayu,bersoal jawab,aku akur pada undang-undang. Rules is rules. Kesian tengok Konstabel Zakiri yang bertegas patuh pada arahan tugasnya,aku kemudiannya reverse kereta tak sampai 5 meter dari pondok pengawal. Kemudian aku keluar,sebelum tu aku berhentikan kereta,bercakap terima kasih pada dia dan bertanya,boleh tak ambik gambar kat luar aje? Dia jawab boleh. Aku dalam emosi yang sedih,snap la gambo sekeping dua kat pintu masuk saja.

Pintu utama PULAPOL AIR Hitam

Pintu utama PULAPOL AIR Hitam

IMG_20140729_133211

Pagar Utama

Pagar Utama

Suatu ketika dulu,aku pernah bermain-main,berkejaran dengan penuh riang di padang PULAPAH. Pada hari ini,aku hanya orang awam yang tidak dibenarkan masuk. TIDAK DIBENARKAN MASUK. Jika aku berkeras kepala juga,terciptala sejarah aku dianggap penceroboh. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah,aku akur juga. Namun,aku reda. Semuanya sudah tertulis. Barangkali,Allah SWT tidak benarkan aku berbuat demikian kerana ada sebabnya. Mungkin hari ini aku tak dapat masuk,Allah SWT simpankan pada hari lain,hari yang bertepatan,bersesuaian,kena pada waktu dan ketikanya aku mungkin berpeluang masuk juga. Namun,aku putuskan biarla memori tinggal memori saja. Itula kunjungan aku yang pertama (selepas aku dewasa) dan yang terakhir. Aku takkan jejakkan kakiku ke sini lagi. Cukup,sekadar disini saja. Sampai disini. The End. The Long and Winding Road.

Buat Konstabel Zakiri dari pondok pengawal PULAPOL Air Hitam,maaf kalau kami susahkan awak. Awak sangat tegas namun tetap bersopan dan berhemah dengan kerenah kami. Teruskan disiplin anda dan berjaya sebagai polis yang berwibawa suatu hari nanti. Ketegasan anda dihormati,kesopanan anda dikagumi.

Aku: Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan batin.

Read Full Post »

<span>%d</span> bloggers like this: