Feeds:
Posts
Comments
My abah. Foto ni diambil masa perhimpunan bulanan IPK Kelantan di Jalan Bayam. Tahun ni (1992) tahun terakhir polis beruniform coklat cair utk pegawai. Bermula tahun 1994,berlaku pertukaran uniform iaitu biru tua kekal hingga ke hari ni

My abah. Foto ni diambil masa perhimpunan bulanan IPK Kelantan di Jalan Bayam. Tahun ni (1992) tahun terakhir polis beruniform coklat cair utk pegawai. Bermula tahun 1994,berlaku pertukaran uniform iaitu biru tua kekal hingga ke hari ni

Selamat Hari Polis ke 208 ( 25 Mac 2015) kepada semua anggota Sang Saka Biru yang menabur bakti kepada negara secara senyap mahupun nyata. I’ll always remember my abah service time (1968-2003). Teringat segala komited abah sewaktu dalam pasukan. Paling mendebarkan insiden memburu penjenayah yang sangat dikehendaki polis, Bentong Kali sekitar awal 1990an . Jangan tanya aku apakah peranan my abah dalam insiden itu,kerana abah tak pernah membuka mulut berkisah hal itu. Melihat abah pulang dalam keadaan selamat walau dalam keletihan yang amat, cukup membuatkan seluruh hati kami diselebungi kelegaan. Sebagai ahli keluarga polis, kami dilatih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kepada anggota polis yang sedang berkhidmat, bertugaslah dengan penuh amanah dan integriti.

Mutakhir ini, terlalu banyak telinga kami disogokkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar mengenai tingkah laku anggota polis dan juga pegawainya. Makan suap, tumbuk rusuk, pandai makan,pandai simpan,kaki perempuan malah yang lebih mengejutkan ada polis turut melibatkan aktiviti kurang sihat sangat mengkhuatirkan kami. Bak kata pepatah, harapkan pegar, pegar makan padi. Lalu kami sebagai pembayar cukai yang juga turut menyumbangkan sebahagian pendapatan kepada kakitangan kerajaan,mana letaknya intregiti seorang anggota polis? Betul, ada diantara mereka bertugas dengan penuh komited, penuh tanggungjawab,namun segelintir yang mencurahkan minyak setitik ke dalam susu sebelanga membuatkan kami rasa agak skeptikal terhadap PDRM.

Apakah puncanya perkara ini boleh berlaku? Adakah pengambilan anggota polis yang terlalu mudah tanpa mengambil kira soal disiplin mempengaruhi etika kerja? Atau apa?

Sepanjang aku menjadi orang awam setelah hampir 9 tahun abah aku bersara, ada bezanya masa kami menjadi keluarga polis dengan menjadi orang awam. Bezanya banyak, cukup la kalau aku ceritakan satu insiden yang kurang menyenangkan di balai polis. Bukan satu, tapi dua. Insiden pertama, ia berlaku semasa aku nak buat report pasal banjir akhir tahun 2014. Aku pun pergi Balai Polis Kuantan. Macam biasa, tunggu sambil nombor dipanggil. Bila tiba turn aku, aku pun pergi ke kaunter yang dimana seorang anggota polis lelaki yang berusia aku agak 40an mengambil report. You know what, macam mana dia ambil report?

Sangat kurang ajar dan biadap. Namanya memang tertaip di report aku sekali dengan nombor badannya aku hafal dan IC polis sekali. Kalau ikutkan marah aku, memang aku nak dedahkan namanya taip saiz font 40 bagitahu di blog aku. Tapi memandangkan aku ni masih ada rasa simpati tak nak aibkan dia,so aku telan diam – diam. Aku hanya tegur cara bahasa yang dia nak taip dalam report aku, namun dengan separuh kasar, dia cakap memang itu bahasa polis. Ok,aku senyap. Before that, dia tanya sama ada aku ni puan atau cik dengan nada yang kuat. Yang aku rasa orang ramai kat bahagian depan tu bole dengar. Entah apa tujuan dia buat macam tu aku pun tak tahu. Nak malukan aku ke atau apa? Nampak sangat dia tidak menghormati perempuan yang berstatus single.

Tak perlu pun tanya macam nak buat announcement pulak kat balai. Entah apa masalah dia pun aku tak tau. Kalau ia pun aku ni masih berstatus cik, apa hak dia nak buat aku macam tu? Layanan bertaraf kelas dunia ketiga? Apa dia ingat aku nak mengorat dia? Hello, aku kalau nak mengorat, at least baik aku ngorat yang ada berkeris silang,3 4 paku berbintang – bintang kat atas bahu tu. Bukan kelas aku nak ngorat dia tu.

Sebenarnya banyak lagi dia cakap, tapi aku dah tak ingat. Baru hari ni aku nak menaip insiden very rude tu. Tapi cukupla beberapa patah perkataan yang aku sangat terguris dengan apa yang dia cakap. Aku dah cakap dalam entry aku sebelum ni, yang bertugas di kaunter hadapan tolonglah berbudi bahasa sikit. Secebis kuman pun jadilah. Kalau ada masalah peribadi atau kerja, boleh tak moves asides dulu? Katanya berkhidmat masyarakat, masyarakat dan polis berpisah tiada? Habis tu, yang bertugas kat kaunter depan biadap sangat kenapa? No wonderla gambar polis tengah tidur kat kaunter salah sebuah balai polis di Pulau Pinang jadi viral dalam FB. Kenapa? Dah disiplin zero. Thats why jadi macam tu. Mujur juga aku ni jenis malas nak rakam,kalau tak, tentu dia dah jadi viral di media sosial.

Insiden kedua, pun situasi yang sama tapi kali ni di Balai Polis Beserah. Oh my gosh,seram plus ketakutan nak buat report pasal banjir jugak tapi tahun 2013. Dah yang kat bandar line hanging,stuck offline,jadi aku pun beralih ke Beserah. Dah kebetulan aku ada urusan di sana. Jadi nampak je balai polis, aku pun masuk nak buat report. Aku nampak balai tu kecik aje, tapi apasal anggotanya ramai benor? Sampai macam bersesak dalam tu? Aku pun tak tahu mungkin diorang ada nak ambush ke? Tapi macam ramai sangat kapasitinya. Tu satu hal, yang duduk kat kaunter depan pun 2 hal jugak.
Anggota lelaki tu senyap sikit, aku pun ada tegur bahasa, dia buat. Ok, tapi yang tak oknya, kenapa kuku jari kelingkingnya panjang? Dah tu macam kotor pun ada jari jemarinya. Yang menambahkan lagi epik seram aku, dia arahnya aku pulak sendiri ambik resit polis kat dalam. Bukan dia nak tolong aku amik. Kat dalam ofis yang sempit, sudah la sempit aku ni termasuk bilik meeting yang penuh ramai anggota sedang bekerja. Erk? Ni bukan dah rama – rama flying in my stomach, biawak pun boleh mati dalam perut aku. Bila aku tersalah masuk, diorang sengih beramai – ramai. Mak! Nasib aku tak menjerit terkejut amat. Aku pun masuk bilik yang betul,mintak sign OCS kat resit. Well, macam mana aku gambarkan bilik OCS tu? Sempit, luasnya sama macam bilik aku kecik. Lepas tu, aku tengok OCS tu share dengan seorang anggota polis lelaki dan juga seorang WPC. Maybe staf dia agaknya. Agak sempit la juga. Terdetik kehairanan dihati, macam mana agaknya WPC tu bekerja dikelilingi ramai lelaki? Ish, kalau aku la, aku lari dulu. Tak rela you.

Penampilan yang seorang lagi tu er…er sangat tak kemas pemakaiannya. Pakai t – shirt putih dan berseluar polis. Dia seorang Melayu forsure Muslim kan, nampak rantai silver dilehernya. Setahu aku yang ilmu agama yang tak tinggi mana, lelaki Muslim ditegah keras memakai perhiasan seperti perempuan. Contohnya rantai,gelang dan sebagainya. Jadi apa yang dipakainya tu? Tangkal ke? Sudah la tu lama benor pulak dia menulis resit aku tu. Tengah mengeja ke apa? Saja nak buat aku tunggu lama duduk di kerusi di bilik yang sempit. OMG,aku dah cuak plus seram plus seriau. Aku dah la seorang perempuan awam, mula kita fikir yang bukan – bukan. Balai tu pulak sempit, ramai anggota polis lelaki dari perempuan,aku pulak langsung tak ada basic seni mempertahankan diri, kali ni bukan biawak aja yang mati, dinosour pun boleh pupus dalam perut aku. Kenapa aku boleh fikir macam tu? Sebab aku teringat satu kes yang berlaku dimana seorang gadis kena rape dalam balai di KL yang pernah aku baca kat paper. Sebab benda dah berlaku,so nak tak nak aku terpaksa fikir selangkau jauh dari yang disangkakan. Polis pun manusia biasa juga, bukan malaikat yang tak ada nafsu! Harus aku melompat kijang lari dulu!

Akhirnya sebaik saja selesai, aku segera mengangkat kaki melangkah laju keluar pintu. Lantakla, aku dah tak kira apa. Yang penting aku selamatkan diri aku dulu! Belum pernah aku alami ketakutan yang amat di tempat yang disangka selamat iaitu balai polis. Bertahun aku dibesarkan dalam kelompok polis, tak pernah lagi rasa seram kat balai polis. Bukan sebab berhantu, takut ada orang naik hantu! Dah setahun aku tak jejakkan kaki aku ke Balai Polis Beserah tu, aku tak sure sekarang ni macam mana. Mungkin ada berlaku ‘transformasi’ yang aku tak tahu,entahlah. Wallahualam.

Aku nak nasihatkan kat semua wanita tak kira masih bujang, mahupun yang dah kahwin, tua muda TOLONG BAWA SESEORANG YANG ANDA PERCAYAI UNTUK MENEMANI ANDA KE BALAI POLIS. Nak lebih selamat bawak je la lelaki ke atau bawak ramai kawan perempuan. Tak kira adik beradik ke, apa ke janji bawak seseorang sebagai peneman. Jangan kita sangka air yang tenang tiada buaya. Yang air yang tenang tu la lagi banyak buaya tembaga besorrr.

Sebenarnya ada lagi pengalaman kami sekeluarga yang SANGAT PAHIT berdepan dengan manusia beruniform biru tua ni. Termasuk abah aku pun, bekas OCPD pun tak terlepas berdepan dengan insiden yang very rude dari anggota zaman sekarang. Bezanya, abah aku boleh komplen directly dengan officer dia, aku pulak setakat bergebang dalam blog aku ni je la. Malas nak panjangkan cerita. Moral of my story, aku nak bawak abah aku kalaulah selepas ni jika aku perlu mengadap yang duduk kat di kaunter tu. Kalau aku boleh elak, memang aku elakkan pergi ke balai polis. No matter what happen. Titik. Kalau dah terpaksaa sangatt, terpaksa la aku pergi juga.

Ada kalanya aku dah muak dengan laporan media yang menyiarkan salah laku polis. Bukannya aku tak suka polis, bukannya aku anti dengan polis, tapi bila aku sendiri mengalami berdepan dengan insiden yang sangat menyakitkan, macam mana la aku nak respect this people? Aku tahu, sangat tahu macam mana dengan situasi kerja polis yang banyak tekanan dengan officer, anggota bawahan, rakan sekerja, tekanan kerja yang sangatla stress,aku sangat tahu.

Hanya satu saja aku minta, BELAJAR ETIKA BUDI BAHASA. BELAJAR HANDLE TEKANAN DAN TOLAK KETEPI MASALAH SENDIRI KETIKA BERDEPAN DENGAN ORANG AWAM. TERUTAMANYA YANG BERTUGAS DI KAUNTER AM BALAI POLIS. MELAMPAU SANGAT KE PERMINTAAN AKU NI?

%d bloggers like this: