Ya,Anugerah dari kegagalan oleh Dato’ Shake. Sedap kan lagu ni? Lagu ni salah satu lagu motivasi aku dalam aku menghadapi kegagalan. Sebenarnya lagu ni pasal gagal bercinta,tapi aku layannnn aje. Bila aku sedih dan kecewa terhadap sesuatu perkara,aku akan layan lagu ni. Bersambung semula entri aku sebelum ni,macam mana aku tahu aku gagal? Hampir 3 bulan tanpa khabar berita,aku pasti aku tak berjaya dalam temuduga itu. Setelah aku menganalisis pelbagai faktor,aku akui kegagalan aku itu. Pun begitu,aku percaya ada hikmah disebalik kegagalan itu. Pada awalnya,aku kecewa jugak,tapi perlahan-lahan aku bangkit semula. Mungkin pada masa itu,rezeki aku belum sampai lagi agaknya. Allah menangguhkan rezeki aku untuk perkara lebih baik pada ketika itu. Setahun selepas itu,aku dapat rezeki di tempat lain pula. Namun pengalaman pertama aku ditemuduga,aku jadikan sebagai pengajaran yang paling bermakna dalam hidup aku akan datang. Mana-mana kesilapan yang aku lakukan pada waktu itu,aku tak ulanginya temuduga yang akan datang selepas itu. Walaupun banyak kesalahan yang aku lakukan,pengalaman ditemuduga di Kementerian Luar Negeri menjadikan momen yang terindah dalam hidup aku. Terima kasih Wisma Putra,kerana beri peluang kepada aku untuk rasai pengalaman terhebat itu.
Aku: Aku redha saja 🙂
Never give up..mesti mau fight 🙂
thx 🙂